Raya diperantauan…
Monday, October 23rd, 2006eh eh, sok dah raya ek?
itulah ayat aku tanya pada ahad mlm senin, aku dah la tdo awal, tetiba ada org ketuk pintu aku! (tu vois pas, je suis en train de dormir!) namun aku terkejut…. pehal lak sok raya? posa 29 ari? menarik…
inilah hakikat klu beraya kat perantauan, ada yg dah raya, ada yg still nak posa lagi… apepon khabar itu adalah benar, masjid besar paris yg umum sok raya-aku yg mamai pon terus tetiba segar, lah, tak yah sahur la sok? aku pon men’join’kan diri ngan sahabat-sahabat seperjuangan utk mengetuk pintu rumah sahabat lain utk umumkan raya…
selepas firdaus mengumumkan raya di bilik yana selepas titah perintah seri paduka baginda Sultan Wan Ahmad Farid, maka 11 org msia di résidence kaestler pon raya ari senin. mlm tu gak tepon professeur mintak datang lambar sket.. oui, oui, vous pouvez aller au mosque.. yea!
pagi kul 8 pagi, 6 org rakyat msia berbaju raya berjalan menuju ke Gare utk naik bas ke masjid, heh sket lagi nak tinggl bas, berlari2 kitorg nak kejar bas. sampai depan masjid, kitorg amik2 gambar, (dah mcm artis popular lak semua org pandang, dah la j’ai mis baju raya merah menyala.. rabak tul…
nak diikutkan aku dlm bas still ragu2 arini raya…klu tak sampai masjid kosong je klu salah ari. dlm masjid penuh btul umat islam yg ingin menyabut kemenangan, sampai solat pon himpit2 cam nasi himpit, abis je solat terus kuar, tak dgr kutbah pon sbb kitorg ada kelas kul 10. so berlari2an lah kami, dlm bas kami kepenatan tapi kegembiraan still ada. nasib baik time lari kain tak londeh klu tak aku menanggung kemaluan yg besar, (HAHAHA!!!!)
disaat ni aku dlm bilik ashraf, hujan sejak tghri tadi.. aku br bukak balang kuih tat yg mak aku anta, tapi aku rindu ngan kuih tat bonda… nak kacau dodol…apekan daya diriku di perantauan..
apepun, kami 12 org tetap bergembira walau ati sedih dan rindu keluarga di msia.
sok kami akan makan reramai di rumah student jpa, sebab umh diorg besar giler..
aku disaat ni ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin, kepada semua sahabat handai yg mengenali aku, kepada keluarga saya di residen kaestler aku nak minta ampun segala salah silap aku, klu ada terkasar bahasa ke ape.. kepada yg membaca blog ini selamat ari raya…
ish aku nak tulis bebesar lah,
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM!!!