Archive for May, 2006

pasal empire at war….

Wednesday, May 24th, 2006

ini khas untuk pemain StarWars, Empire at War(EAW). ini ada sket komen la. hehehe….dah ‘die hard fan’ star wars, dari kecik tgk movie sampai skrang tak busan.itu movie je, blum game dan dengan komiknya lagi.

ups and downs, developer buat game ni dgn bagus, kedua belah pihak sama kuat. Game ini sgt susah pada awal permainan, sebab game ini lain dari RTS(real-time-strategy) yg biase, dimana kite boleh create unit masa tgh berperang. kire unit mati, gone la. masa berperang pun game ini limit-kan unit. so tiada pihak yg boleh hantar angkatan besar-besaran sekali gus. bunyi cam susah dan tak best sebab tak dapat sembelih musuh puas2. tapi bagi saya inilah game strategy paling best saya main. tak sampai 2 minggu saya dah habis campaign utk both team. (sebab main sampai 2 pagi!)

yg best ialah, ‘inflict damage to the enemy without unit casualties’ atau memberi kemusnahan maksima dengan tidak menghadapi kehilangan unit. so jika anda kalah tapi anda hilang sikit unit padahal musuh berpuluh2 unit, anda akan still rase puas hati!

cari permainan, sgt puas hati (sedang menunggu game seperti ini dari dulu!). jika anda pernah bermain Starcraft, General mahupun Warcarft, EAW mempunyai kelainan tersendiri. ia membuat anda terkencing2 bile musuh tiba-tiba serang dan berpeluh2 bile mempertahankan pengkalan anda.

bagi die-hard-fan mcm saya, ada sedikit tidak puas hati dlm jenis unit yg diberi, Empire tiada ability ‘disabling target’ dan unit yg boleh ‘hyperspace’ seperti assault gunbot dan TIE-advanced. dan Empire tiada kebolehan ‘menarik keluar musuh dari hyperspace’ menggunakan Interdicter (korang mesti tak paham ape aku cakap). pihak rebel…. hmm….. the team is well rounded, cume ground troop ada sikit ko-kak.

Screen25
Eaw_battle1068
Starwarsempireatwar1
Starwarsempireatwar3

walau ape pun, jika anda pemain RTS-game, saya sarankan anda mencuba EAW, essayez!

p/s EAW expansion pack akan keluar time autumn ni!
 

nostalgia….

Sunday, May 14th, 2006

baru balik dari port dickson (PD), dah berjeman tak gi pantai. 4 tahun kot. paling akhir kalau tak silap, mase tuh tggl kat caravan, then tgk pantai dari cermin kereta mase balik klang..
‘PD? amende kat sane? dgn kotor ngan ntah ape-ape! baik la ko gi tioman ke, pangkor ke sipadan ke, baru syok nak mandi ke menyelam ke. ni pantai dah tak bersih, nak have entertainment pun takde. harap boling je, nak wayang kene drive sampai seremban. siapa sanggup! rabak seh PD!’

itulah keluhan rakyat kiter… mmg tak dapat ditangkis kebenaran yg terdapat dalam keluhan mereka.
Port Dickson or PD, terletak di negeri minangkabau negeri sembilan. 1 jam perjalanan dari bandar seremban bagi meraka yg bawak kereta secara berhemah, setengah jam utk yg pasang NOS atau tak reti baca 110km/j dan kakinya jenis tak kenal pedal brek. kemudahan lebuhraya dah wujud. zezaman dulu, kena tempuh pekan Rembau utk ke PD. sekarang expressway dibina dan exit-nya berdekatan dgn  kawasan mandi manda PD. paling baru expressway ini telah dipanjangkan dan exit-nya yg paling latest berdekatn dgn PD world marina resort. (saja nak terang, sbb mmg ada org tak tau, sbb org zaman skrg, daun cempedak ngan daun nangka pun tak tau beza!) PD, walaupun kite fikir PD sudah tidak popular seperti dahulu pada tahun 70-an, sangkaan itu meleset sebenarnya. PD masih menjadi tempat pilihan utk me-rilekkan minda bagi mereka yg kurang mampu gi pantai2 mewah. so memane family yg kampung kat selatan, dapat la singgah mandi di pantai PD. Tempat ini masih meriah ngan gelak ketawa kanak-kanak yg tak kisah ape jenis air yg dorg mandi.
PD yg berada di pantai barat semenanjung sentiase ’sibuk’ pemandangannya ngan kapal2 pengangkut kontena mahupun bot pancung dari tanah seberang menuju ke Pelabuhan Barat. maklumlah berada di selat melaka, selat tersibuk dunia. setiap sabtu malam ahad, ada pasar malam berdekatan ngan stesen minyak petronas (ni kat pinggir PD berdekatan ngan teluk kemang). lokasi pasar ini tak berubah sejak dulu lagi (sedangkan pasar malam di andalas dah dekat 4 kali tukar tempat!)
satu lagi yg unik di PD, kebanyakan kedai2 bukak pada hari minggu, dan cuti sekolah. so PD kire sunyi takde org mase hari-hari biase. so, pada hari minggu, macam2 kedai bukak, cam biase, kedai jual pelampung mesti ada. hotel2 mewah, sentiase dibina, yg lame ada yg dijaga, ada yg di biar usang, ada yg diubahsuai… (Mingcourt Hotel tuh signboard ‘in renovation’ dah dekat 10 tahun dah, bgnn tuh still cam tu gak) dan tak lupa juga projek2 terbengkalai.
Teluk Kemang masih lagi jadi tempat tumpuan umum, dgn kudanya, ngan banana bot nye, ngan jetski nye, ngan pelampung hitamnye. masih meriah bahkan lebih meriah berbanding dulu!

saya promote PD? of coz, tempat holiday family saya sejak saya dlm kandungan sampai saya berumur 14 tahun. dulu saya duk PD kat Golden Resort (skrg dah nama Casa Rochado). dlm setahun tuh dtg sini sampai 3 kali. tak buat bende sgt pun, berendam dlm swimming pool, main bola, main pasir, cari ketam, main arcade, main console dlm bilik (budak kecik mmg la suka!). namun tempat ni byk nostalgia menarik. mengapa? dah sejak saya duk dlm perut mak saya, satu family sentiase gi sana! dah macam rumah kedua…
byk peristiwa menarik kat sini sepanjang hidup saya. dulu selalu gi time Raya cina, so kekadang ada lion dance. penah sekali teman sorg pak cik menjala udang, kene sengat ikan sembilang (sakit ooo).  hah, percaya atau tidak, kami sekeluarga penah nampak UFO kat sini. twice. waktu malam. langit cam cerah semacam sbb ada objek cam bola api kat langit. (tak tau la, mungkin pengkalan tentera kat situ tembak flare). sekali lagi percaya atau tidak, kitorg gi lawat, tapak kaki Hang Tuah di perkampungan nelayan kat situ(dah takde dah kampung tu skrang). nak pergi ke kampung tuh, kena gantung pada nasib, sbb jalan nak ke kampung tu wujud time air laut surut je, time pasang tak leh lalu. korg mesti tertanya-tanya PD arah mane nih. lokasi di Tanjung Tuan(resort saya berada di sini), tanjung kepunyaan negeri melaka tapi berada di negeri sembilan. simpang di jalan besar, di penuhi pengkalan tentera darat unit artilerry. kat sini ada rumah rehat persendirian kerajaan malaysia, Ilham Resort milik perbadanan nasional berhad, rumah banglo utk percutian milik Maybank. kini dah ada kem PLKN! Kem Rochado Bay. (ish untung btul kalau dapat sini!)
di sini terletaknya rumah api tertua malaysia (dibina mase time portugis dulu). kawasan hutan tanjung tuan diwartakan sebagai hutan simpan dan sanctuary burung2 hijrah(pada masa saya umur 9 tahun baru ada burung hijrah yg singgah sini). byk spesis kera dan burung hutan yg jrg ditemui disini. saya masih ada parut cakaran monyet di lutut kiri saya hingga sekarang. tanjung ni gak banyak peninggalan sejarah. (dan banyak  penemuan dirahsiakan!). kalau tak silap saya, family saya pernah jumpe satu makam tak bernama, tapi makam tu ditutup dgn kain kuning. saya pernah baca somewhere, makam itu didakwa milik parameswara!. ntah la… sekali je kitorg jumpe, secara tak sengaja. second time pergi, tak jumpe pun. Tanjung Tuan juga terkenal ngan bende2 misteri. betul atau tidak, terpulang pada individu tapi penduduk tempatan mengiakannya. di rumah api, kita boleh nampak kapal2 sedang berlayar (aritu nampak dlm 20-30 kapal). di sini juga, saya perhatikan kelmarin (13 mei 2006) arus laut berdekatan tanjung sgt tidak keruan (kecuali di kawasan mandi manda berhampiran ilham resort). nampak tenang tapi sebenarnya bahaya. kadang-kala ada pusaran air!
hah, satu lagi yg unik di tanjung ini, kite boleh melihat matahari terbit dan terbenam. sebab itu kawasan mandi manda di sini dinamakan Pantai Cermin. pantai yg mengadap matahari tebit, pasirnya  perang dan agak kasar, dan mmpunyai pokok bakau. Manakala pantai mengadap matahari terbenam, pasirnya puith, halus, dan ada tempat makan.
gabungan kriteria yg unik menjadikan tanjung tuan sgt istimewa bagi saya. jika saya datang ke PD, saya pasti ke tanjung tuan walaupun jauh dari PD mahupun Teluk Kemang. sudah hampir 7 tahun saya tidak ke sini dan semalam (13 mei), saya berasa seperti pulang ke kampung yg sudah lama saya tidak pulang… syahdunya…. saya harap Tanjung Tuan masih seperti itu pada masa akan datang kerana di situlah tempat ‘getaway’ saya…

karenah birokrasi…

Wednesday, May 10th, 2006

waiting 4 any sponsorship? wat the hell are they doing? why they took a very long time to jus yes ‘congrats u got our money’.
people nowadays want everything fast, up-to-date, n easy access. but do they ever think the hardwork to make somehow life easier?

today, jpa n petronas announce their lucky candidate. yet, upu still unacesseble although announce at the radio ‘kepada pelajar yg memohon IPTA, semakan akan dibuka pada pukul 12 tghri’. yet until 1 o’clock still no change. but hey, they trying their might to make our life easier. so we have to relax and be patient. patient? hey, next week, F6 start their first day on monday, n there still alot of things to do! dis other ‘pemohonan’ takes a long time to give their green lite, n today is the last day to now the verdict.

me before i knew a get petronas, i went to Hj Mohd Zain house, to get his signature as ’saksi’ 4 my matrics application.  if petronas open their web a bit late, i’ll burn rm440 for matrics coz tomorrow is public holiday. coz of the time factor, i nearly burn dat amount of money! we cant pay cash on the registration day, but we must bank’in the money. then bring along the resit on monday to register. cash or personal check, tak dilayan. karenah birokrasi….

another time factor make me missed MARA sponsorship. their interview is on monday 17 april, n guess wat petronas also on the same day. so i asked MARA to change the date. wat i get ’sorry la, kitrorg tak leh tukar hari untuk kamu, kami dah ambil keputusan utk tidak melayan penukaran hari’.

MARA set up near 1 week to interview all the candidates. unlucky 4 me, i get on dat monday, can’t u change it 4 me? i’ll bet more out there frustrated like me coz, another ‘karenah birokrasi’. i cant change my petronas coz they set a camp before interview. thank god i get dis sponsorship.

its not my place to talk about dis but… wat jasin MP doing is rite, it jus a few centimetres bigger than the size yg dibenarkan. yet the wood is not good condition. if these wood kept continue dirampas, the sg.rambai port 4 wood close 4 nothing. maybe there is a hidden agnda i didnt know… hmm…..

hah! my 1st blog at last!

Wednesday, May 10th, 2006

guess i have to wait until i 18 so dat i can make 1, duuuhh…. aren’t technologies great? (dlm BM, ape guna teknology tanpa insan)

nothin much to say, but, actually there 1. dis is most painful yet colours flying around birthday.
painful? yes… i’m sick on my birthday. the worst part, food-poisoned( i missed good food n worst no spicy food!).

colours flying around? heh, drove to subang parade and had lunch for two wit someone. got 1 present from that person, most wonderful, never receive it except from my mom. lunch at kenny rogers, (wat big chicken they have!), the side dish is more than enough. (wat mussy mashed potato they have)

previous years of my birthday…. cried a lot. once coz i couldn’t train my cricket…then…emmm… stomach ache (sembelit)…. ada lagi tak? … hmm… tak ingat, but quiet  alot of worst birthday i had, but still i’m 1 year older (dis year me makin blog) and 1 year closer to get married, 1 year closer to death…